Thursday, 8 December 2011

Pulang Ke Melaka!

     Hari ini aku pulang ke Melaka, tanah tumpah darahku. ^_^ Aku akan naik bas MaraLiner jam 10 daripada Dungun. Aku tak sabar sangat nak pergi Melaka kerana aku bosan duduk rumah seorang diri setiap hari waktu pagi. Okaylah, harus pergi. Jaga diri kawan! Assalamualaikum, ^_~

Wednesday, 7 December 2011

Seronoknya!

     Seronoknya! Baru sebentar tadi, orang yang aku damba di Jambori Antarabangsa Pengakap, Delima tegur aku di 'mukabuku'. Gembira tak terkata. Walaupun agak sukar nak berinteraksi sebab sempadan bahasa, tapi alhamdulillah. Masih mampu berinteraksi. Seronok sangat aku apatah lagi apabila dia cakap surat itu special buat dia. Gembira sangat-sangat! ^_^ Itu saja untuk kali ini. Sekian.

Friday, 25 November 2011

Setelah Jambori Ke-12

     Haaaaaaahh~ Keluh aku panjang sangat lepas pulang daripada Jambori. Mana tidaknya, 9 hari 8 malam kena duduk kat situ sebab tuan rumah kena datang awal. Lepas itu pula, hujan masa Jambori. Gila basah khemah aku. Sebelum lupa, aku punya teman sekhemah ialah Nazrul, Amin, Amir. Mereka baik sangat. Aku yang paling malas nak kemas khemah dan yang paling rajin sekali kemas khemah tentunya satu-satunya Amin.

     Pergi balik kepada Jambori tadi. Aku ada terjumpa seorang gadis daripada Indonesia. Masa itu kan, ada perasmian pembukaan dekat dewan terbuka. Masa Indonesia tengah buat gimik mereka (*Indonesia terdapat beberapa skuad yang berlainan dimana aku sendiri tidak tahu daripada skuad mana dia masuk), aku ternampak seorang gadis ini. Memang terpikat la. Masa perasmian itu berlangsung, aku tak tengok kat pentas tetapi aku kusyuk tengok dia. Sampai aku ternampak tag nama dia, mula dengan D akhir A. Aku sangkakan Daliha tetapi rupanya Delima.

     Aku dapat tahu nama sebenar dia pun atas sebab kawan aku, Shahrul yang ikut dia daripada kawasan perkhemahan dia hingga ke dewan. Laju juga dia jalan sampai kawan aku terpaksa lari nak kejar dia. Lepas je aku dapat nama, emel, dan nombor dia. Malam itu juga, aku terus pergi menulis surat untuk dia. Isi surat itu tidak boleh disiarkan dalam blog ini. MAAF tapi yang boleh aku nyatakan kat sini, aku bagi dia sebuah pantun, dan syair. Malam itu juga aku buat semua itu sampai aku tidur lewat.

     Esoknya, aku bangun pagi dengan rasa semangat dalam hati untuk bagi surat itu. Aku rasa berdebar sangat nak hadap dia. Petang itu, aku tunggu dia dekat pokok depan dewan sebab kat situlah laluan utama orang jalan sana sini. Petang tiada, aku tunggu sampai malam. Mujur masa nak masuk Isya' itu, aku nampak dia dan terus sapa dia. Aku terus sebut nama dia. Delima! Delima! Delima!

    Terus dia tercari-cari suara aku. Dengan perasaan debar, aku bagi surat yang dibalut dengan plastik. Dia pun agak keliru apabila aku beri surat itu, katanya "Untuk aku ya?". Aku pun mengiyakan soalannya sebab dah tergagap-gagap nak cakap. Malu gila aku masa itu. Sekarang, setelah Jambori Ke-12, aku menanti emel daripada dia. Harap dia ingat aku daripada Malaysia ini.

Thursday, 29 September 2011

Saya Si Biru Merah

Aku suka sangat dengan warna biru.. Terutamanya biru cair. Seorang daripada kawan rapat aku pula suka warna merah. Jadi, aku gelar diri kami sebagai Si Biru Merah..:P saja perasan menghilangkan sedikit rasa duka dihati.. ^_^

Kami Si Merah Biru

Sunday, 25 September 2011

RINDU

     Aku rindukan Nur Syahira binti Wahid. Aku tak peduli aku salah eja nama dia atau tak, tapi aku rindukan sahabat aku tuh...:'( Dia pasti sudah tidak kenal aku. Apa aku boleh buat, aku sendiri yang lukakan hati dia. Sedih gila!!! :'(