Thursday, 29 September 2011

Saya Si Biru Merah

Aku suka sangat dengan warna biru.. Terutamanya biru cair. Seorang daripada kawan rapat aku pula suka warna merah. Jadi, aku gelar diri kami sebagai Si Biru Merah..:P saja perasan menghilangkan sedikit rasa duka dihati.. ^_^

Kami Si Merah Biru

Sunday, 25 September 2011

RINDU

     Aku rindukan Nur Syahira binti Wahid. Aku tak peduli aku salah eja nama dia atau tak, tapi aku rindukan sahabat aku tuh...:'( Dia pasti sudah tidak kenal aku. Apa aku boleh buat, aku sendiri yang lukakan hati dia. Sedih gila!!! :'(

Friday, 23 September 2011

Hati Yang Kini

Mata yang cantik tidak bermakna tidak menangis,
Mata yang merah pula tidak semestinya menanda sedang menangis,
Masam yang ditunjuk dari airmuka seseorang tidak semestinya bermakna sedang bersedih,
Senyuman yang diberikan pula tidak semestinya menandakan bahagia.


     Hatiku menangis lagi sambil memohon semangat untuk kembali berdiri. Aku tidak tahu kepada siapa aku mahu mengadu, sedangkan sahabat aku sedang berada diasrama. Setiap kali aku hadir ke sekolah, aku rasa hanya sebentar sahaja bersemangat. Benarkan seseorang mampu hidup berseorangan? Andaikan aku sendiri, mampukah aku berdiri?

Thursday, 15 September 2011

Sahabat

      Rindunya akan seseorang tuh. Bila tengok 'dashboard' tadi, nampak blog dia sudah di'update'. Siap ada lagi gambar dia. Cantik. Rindu sangat kat dia.. Rindu Sahabat..

Sunday, 11 September 2011

Minat Aku

      Minat aku berada pada bahasa penulisan, fotografi, seni dan begitu juga, kulinari tetapi aku ingin menjadi seorang doktor atau seorang chef. Bagaimana harus aku memilih? Aku minat sangat dengan bahasa penulisan sebab aku pandai buat ayat puitis, mungkin sedikit lemah sebab aku baru mula belajar cara puitis. Lagisatu pula, aku minat sangat dengan fotografi.

      Aku teringin nak ada sebuah kamera fotografi sendiri. Nak tangkap gambar kawan-kawan aku, sahabat aku, dan yang paling penting, 'Diari' aku. Bagi aku fotografi sesuatu yang sangat abstrak. Menarik hati aku untuk belajar mengenainya tetapi malang bagi aku sebab aku masih muda dan aku langsung tidak diberi peluang. Agak sedih. Seni, sesuatu yang telah aku minat sejak aku masih kanak-kanak. Aku sangka aku ada bakat, tetapi mungkin aku tiada peluang nak asah bakat aku sebab keluarga aku sendiri tak tahu apa yang aku minat dan aku mampu buat.

      Setelah melihat beberapa rancangan masakan profesional, aku teringin nak cuba pelbagai resipi yang disediakan tetapi seperti biasa, tiada peluang terhidang bagi aku.

     Bilalah peluang bagi aku untuk tunjuk minat aku? Bilalah saatnya aku akan dapat kamera sistem aku sendiri. Aku nak sangat semua minat aku orang tahu. Tetapi apakan daya. Semua tidak pedulikan aku.:'(

Friday, 9 September 2011

PK HEM baru SEMESKA

      Semalam bersamaan hari Khamis bertarikhkan 8 haribulan September 2011, sekolah aku mendapat guru PK HEM baru. Seiring dengan majlis perpisahan PK HEM lama iaitu cikgu Wan Mohd Yusof, majlis sempena sambutan hari raya turut diadakan. Sebelum majlis tersebut dimulakan, seperti biasa, semua pelajar mengikuti bacaan Yassin di pagi hari.

     Bila lepas habis je bacaan Yassin, cikgu PK HEM baru diumumkan. Aku tengok muka dia mengingatkan aku dengan teman dan juga cikgu aku iaitu cikgu Alyasa. Aku tengok sekali muka cikgu baru tuh, aku jadi rindu. Tengok kali kedua, aku hampir menangis. Aku memang rindu sangat dengan cikgu lama aku tuh. Badannya memang tiada beza. Serupa je. Wajah lebih kurang tetapi wajah cikgu Alyasa tampak lebih garang.

     Aku memang rindukan cikgu lama aku. Aku rindu! :'(

Syawal Tahun Ini

     Umat muslimin dan muslimat mesti gembira saat takbir raya bergema di pagi hari kejayaan iaitu 1 Syawal. Tetapi bukan diri aku, aku menangis teresak-esak di pagi raya kerana berasa sepi dan sendiri apabila semuanya mulai pentingkan diri.

     Walaupun begitu, aku masih beruntung. Aku masih lagi ada orang yang membuatkan aku tersenyum di hari raya yang mulia itu. Walaupun sudah lama tidak bersua dek kerana sepupu aku itu pindah ke luar negara sejak aku dari darjah tiga, kami sempat berbual rancak. Ianya sedikit sebanyak dapat mengubat luka dihati sambil senyuman di bibir aku ini.

     Namanya Aina Syuhada. Seingat aku la. Terdapat seorang lagi yang membuat aku tersenyum manis. Nur Hikmah, satu-satunya insan yang sentiasa dihati, dimata dan dijiwa kerana dialah yang sudah aku ikrarkan akan menjadi sahabat selamanya, tidak lekang membuat aku tersenyum dengan mesejnya yang agak mencuit hati.

     Kerana dua insan inilah aku mampu tersenyum di hari raya. Nur Hikmah dan Aina Syuhada. Aku terhutang budi kepada kamu berdua. Terima kasih! Sayang kamu berdua sangat!

Tuesday, 6 September 2011

Demam Sokmo

     Hari ni, sudah masuk hari kedua aku ponteng sekolah sejak cuti raya. Badan aku selalu demam panas, selsema, kahak. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin imun dalam badan aku tak kuat kot. Banyak benda dah aku 'miss' time aku ponteng sekolah. Sedih rasa bila aku kena 'catchup' balik. Bukan senang tapi memang perlu aku lakukan untuk dapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM. :'( Harap sakit ni cepat sembuh dan bolehlah aku datang sekolah balik.

Sunday, 4 September 2011

Luahan Hati Seorang Insan

     Setiap insan yang hidup dimuka bumi ini semuanya memerlukan kasih sayang. Sama seperti aku. Aku juga memerlukan kasih sayang tetapi apakan daya, ibu bapa aku sudah berpisah. Setiap perkara yang aku lakukan, mesti tidak dapat perhatian sama ada perkara baik atau buruk. Aku pun tidak tahu kenapa. Aku dapat 4A 1B dalam UPSR pun tidak dapat perhatian, tidak dapat pujian dari ibu bapa apatah lagi 6A 2B dalam PMR, masa pengambilan keputusan juga aku ambil bersama rakan aku bukan bersama ibu bapa. Mereka lebih mementingkan nafkah zahir yang perlu dicari berbanding nafkah batin yang sudah ada dalam lubuk hati. Insan mana tak sedih apabila tidak dihiraukan.

     Aku memang rasa nak pergi daripada keluarga ini. Terseksa jiwa ini. Lebih rela aku mencari kasih dari sahabatku berbanding keluarga.:'( 

Syawal 2011

     Syawal pada tahun ini amat menyedihkan bagi aku sepertimana tahun lepas. Aku meraikan hari raya sekali lagi di rumah nenek belah ibuku yang berada di Padang Rengas, Perak. Dua tahun berturut-turut aku menitiskan airmataku dek kerana rasa seksa dalam hati ini. Sunyi, sedih, pilu semuanya ada dalam hati nurani aku ini. Andai dapat perasaan ini dihapuskan, alangkah bahagianya aku. :'(