Setiap insan yang hidup dimuka bumi ini semuanya memerlukan kasih sayang. Sama seperti aku. Aku juga memerlukan kasih sayang tetapi apakan daya, ibu bapa aku sudah berpisah. Setiap perkara yang aku lakukan, mesti tidak dapat perhatian sama ada perkara baik atau buruk. Aku pun tidak tahu kenapa. Aku dapat 4A 1B dalam UPSR pun tidak dapat perhatian, tidak dapat pujian dari ibu bapa apatah lagi 6A 2B dalam PMR, masa pengambilan keputusan juga aku ambil bersama rakan aku bukan bersama ibu bapa. Mereka lebih mementingkan nafkah zahir yang perlu dicari berbanding nafkah batin yang sudah ada dalam lubuk hati. Insan mana tak sedih apabila tidak dihiraukan.
Aku memang rasa nak pergi daripada keluarga ini. Terseksa jiwa ini. Lebih rela aku mencari kasih dari sahabatku berbanding keluarga.:'(
No comments:
Post a Comment