Friday, 9 September 2011

PK HEM baru SEMESKA

      Semalam bersamaan hari Khamis bertarikhkan 8 haribulan September 2011, sekolah aku mendapat guru PK HEM baru. Seiring dengan majlis perpisahan PK HEM lama iaitu cikgu Wan Mohd Yusof, majlis sempena sambutan hari raya turut diadakan. Sebelum majlis tersebut dimulakan, seperti biasa, semua pelajar mengikuti bacaan Yassin di pagi hari.

     Bila lepas habis je bacaan Yassin, cikgu PK HEM baru diumumkan. Aku tengok muka dia mengingatkan aku dengan teman dan juga cikgu aku iaitu cikgu Alyasa. Aku tengok sekali muka cikgu baru tuh, aku jadi rindu. Tengok kali kedua, aku hampir menangis. Aku memang rindu sangat dengan cikgu lama aku tuh. Badannya memang tiada beza. Serupa je. Wajah lebih kurang tetapi wajah cikgu Alyasa tampak lebih garang.

     Aku memang rindukan cikgu lama aku. Aku rindu! :'(

No comments:

Post a Comment