Wednesday, 24 August 2011
Syukur
Alhamdulillah. Urusan berkenaan tentang cerpen sudah diselesaikan. Bersyukur sangat, harap-harap dapat la hadiah.:P ^_^
Tuesday, 23 August 2011
Kakak Angkatku
Menjelang Syawal
Rasanya tahun ni tak meriah la bagi aku. Ayah kandung aku kata nak ambil adik-beradik aku bawak kat kampung belah ayah tapi x jadi.. Sape x sedih asyik raya kat kampung mak je.. Nak gok dua2. memang susah bila ade dua keluarga.. Baju raya x beli lagi.. Masing2 sibuk hal sendiri.. Rela aku lari je dari rumah, tpi harap aku xde pape je.. lau aku ade wit aku sndiri, aku da lari da rumah.. :'( Seksa duk rumah camnie..
Semalaman
Sedih sungguh aku semalam. Kalau dah janji, kena tepati kan? Tetapi ayah tiri aku tak. Kata nak balik pukul dua pagi semalam, tetapi bila aku tunggu, siap sampai pukul 3.30 lagi tuh, tak balik-balik lagi pun. Sakit mata aku tahan semata-mata tunggu ayah aku. Hari ni aku tak dapat pergi sekolah sebab mata aku sakit sangat. Sedih rasa.. :'(
Monday, 15 August 2011
Rindu Sahabat
Setiap hari aku tengok blog dia. Kadang-kadang rasa rindu gok nak berhubungan dengan dia sebab dah lama tak contact dia. Aku tahu dia masih marah pasal dulu. Tetapi entah mengapa, aku rasa nak je bersahabat balik dengan dia..
RINDU SAHABAT.. :'(
RINDU SAHABAT.. :'(
Sakitla Badan Nie
Semenjak harijadi aku, aku semakin tak sihat la. Sekolah da banyak kali ponteng, pelajaran pun banyak tertinggal. Selesema, demam, pening kepala selalu datang tanpa diundang. Sakit satu badan rasa. Nak bersukan pun rasa tak okey. Doktor da banyak kali jumpa. mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.. :'( Macamana nie?
Sunday, 7 August 2011
Semasa Ramadhan ke-7
Hari ni bersamaan tujuh haribulan lapan 2011, hari Ahad, aku tak datang ke sekolah disebabkan penyakit demam menyerang balik tubuh aku ni. Dah la aku tak sahur pagi tadi, tak larat lak rasa nak puasa. Niat hati nak ponteng je, tapi sebagai muslim aku perlu sabar. ^_^
Mmmmmmmmmmmmmmmm, rasa nak sambung balik wat cerpen, tapi takleh r buat kat dalam rumah nie.. Otak rasa tersangkut je nak taip cerpen.. 19 da nak kne antar.. :/ mmmmmmmmmmmmmmm, sape sanggup ganti aku taip nieyh? :P

Monday, 1 August 2011
Kerinduan Kerdil
Hampir berbulan aku tidak menghubungi adik angkatku yang sering aku panggil 'budak kecik'. Rindu yang mendalam seperti menarik hatiku semula untuk berhubung dengannya. Kami bagaikan adik beradik kandung apabila bersama, mesra bagai isi dengan kuku tetapi masih mengikuti hukum agama. Kebiasaannya, apabila aku mempunyai masalah, aku pasti akan meluahkan segalanya pada adik angkatku ini. Bagai sudah menjadi tempat aku berteduh.
Masih teringat lagi aku akan peristiwa 7 haribulan Mei. Ketika itu, aku berada dalam sebuah kem yang dianjurkan khas untuk pengawas SEMESKA. Pada pukul 5 petang ketika itu, aktiviti yang diadakan merupakan aktiviti lasak yang agak tidak sesuai dengan seseorang yang mempunyai penyakit asma sepertiku. Usai aktiviti lasak itu, aku merasakan sesuatu yang pedih di dada bagai ditikam dari dalam badan. Aku hampir pengsan ketika itu, tetapi aku bersyukur adik angkatku menemui aku ketika itu lalu memanggil rakan-rakanku yang lain untuk membantu aku.
Walaupun dia hanyalah seorang adik angkatku, tetapi aku menyayanginya seperti adikku sendiri. Tiada yang mampu menggantikan tempatnya dihati ini. Namun, apakan daya, masa merubah segalanya. Hubungan kami semakin renggang dan akhirnya, kami seperti tidak berkenalan. Hati abang manakah yang tidak sedih sekiranya adik beradik tidak saling tegur-menegur. Aku terperap menyimpan perasaan rindu ini untuk adik kesayangan aku itu.
Nur Faizatul Atiqah, abang rindukan adik. Harap adik dapat berjaya dalam PMR. Abang sayangkan adik.

Subscribe to:
Posts (Atom)