Sunday, 22 May 2011
Sudah lama tak update blog ni. :) Esok saya ada peperiksaan Biologi, Kimia, Fizik. Harap-harap boleh buat. Doakan saya ye. Semalam kan, hari yang buruk bagi saya. Saya bergaduh dengan puteri kesayangan saya. Entah bagaimana boleh tertitiskan airmata depan dia. Menyesal sakitkan hati dia. Apa-apa hal, saya sayang puteri saya.. SELAMANYA... :)
Thursday, 12 May 2011
Aku Milikmu (PART 2)
Pagi esoknya, aku menghidupkan komputer. Rasa bosan menuntun aku untuk melayari internet. Kerlipan komputer yang mulai hidup ku rasakan agak perlahan. Aku tersenyum, komputer ini seakan sengaja menguji kesabaranku. Skrin yang tadi legap kini mula bercahaya. Aku berfikir sejenak, bingung memikirkan apa yang harus aku layari. Kemudian, mata aku tertancap tepat pada skrin komputer, tanganku bergerak mengarah tetikus. Bila yakin, aku membuka laman sosial terkenal iaitu 'mukabuku'. Ku lihat ke sisi skrin. "Ramai juga yang 'online'," aku berkata perlahan. Tidak lama selepas itu, kawanku, Harun menghantar mesej. Seluruh pelajar sudah sedia maklum akan keberangkatan para pengawas ke Kem Kepimpinan Pengawas. Dan sepertinya Harun jelas ingin tahu mengapa aku pulang lebih awal daripada kawan-kawan yang lain. Sudah tentu aku tidak keberatan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Harun menerima dengan baik setiap bait ayat yang aku taip sebagai jawapan kepada rasa ingin tahunya itu. Usai aku puas melepas rindu dan perasaan ke laman 'mukabuku' itu, aku bergegas mematikan komputer. 'Mukabuku' umpama diari terbuka aku kerana setiap rasa sedih atau gembira sering aku kongsi di situ. Oh! Lupa pula, Harun itu merupakan salah seorang kawan yang baik dengan aku merangkap juga seorang bapa saudara kepada adik angkatku yang menolong aku tempoh hari.
Tuesday, 10 May 2011
Pemandangan Di SEMESKA
Pemandangan pertama yang anda semua akan lihat sebelum memasuki sempadan sekolah saya.
Surau sekolah saya, Surau Al-Kauthar
Pada simpang di sekolah saya.
Blok yang paling hadapan di sekolah saya yang tercinta.
Pada sebelah kiri gambar, blok C manakala di sebelah kanan gambar pula blok D.
| Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka (SEMESKA) |
Surau sekolah saya, Surau Al-Kauthar
| Surau Al-Kauthar |
Pada simpang di sekolah saya.
![]() |
| Sekolah saya |
Blok yang paling hadapan di sekolah saya yang tercinta.
| Blok Hadapan |
Pada sebelah kiri gambar, blok C manakala di sebelah kanan gambar pula blok D.
| Sekolah Saya |
Aku Milikmu (PART 1)
Dadaku berombak perlahan-lahan. Rasa ngilu dibahagian belah kanan dadaku semakin terasa. Aku menekan-nekan dengan kuat dadaku, ada rasa sakit dan sesak di bahagian situ. Tubuhku yang dibalut T-shirt biru basah mendinginkan aku. Aku basah lencun kerana pada sebelah petang hari, aku dan hampir seluruh pengawas sekolah yang menyertai Kem Kepimpinan Pengawas direndam ke dalam sungai yang airnya keruh sebagai satu bentuk hukuman daripada Kem Komanden. Tubuhku terasa begitu berat dan payah sekali untuk melangkah. Aku mengetap gigi kuat-kuat. Rasa sakit yang tidak kepalang menyerang sekujur tubuhku. Derap langkah yang aku pasak ke bumi di mana aku masih berdiri menjadi semakin lama semakin perlahan. Dek kerana sakit yang ku rasa mencucuk, aku pasrah menempuh apa jua yang berada di hadapanku kerana aku sekarang berjalan sambil menunduk. Aku tidak mampu melawan rasa sakit itu. Aku tahu, penyakit asma sedang menyerangku pada saat ini. Kesukaran bernafas membuatkan aku meringis perlahan.
"Abang, kenapa ni?" terdengar pertanyaan perlahan yang dilontarkan kepada aku. Ada nada cemas di hujung ayat yang ditanya itu.
"Abang, kenapa ni?" terdengar pertanyaan perlahan yang dilontarkan kepada aku. Ada nada cemas di hujung ayat yang ditanya itu.
Saturday, 7 May 2011
Piagam Pelanggan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka
- Saksama dan adil dalam menyediakan kebajikan dan kemudahan pelajar agar dapat bersaing melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
- Minat, bakat dan potensi pelajar akan dicungkil dan disuburkan sejajar dengan konsep budaya ilmu.
- Konsep budaya penyayang sentiasa diterapkan untuk mewujudkan iklim persekolahan yang sihat dan melahirkan pelajar berakhlak mulia.
- Sentiasa memastikan persekitaran sekolah yang ceria dan selamat untuk merangsang suasana pembelajaran yang sihat.
- Pelajar dibimbing untuk mengenali diri dan persekitaran untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat.
- Ahli keluarga dan pelawat yang berurusan akan dilayan mesra supaya urusan cepat dan lancar.
- Kecemerlangan akan dijana seiring dengan kecemerlangan kokurikulum untuk melahirkan pelajar seimbang.
- Akan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan setiap masa dan memastikan kehendak pelanggan dipenuhi.
Sepakat Menjana Kegemilangan Satu Pasukan
Kesedihan Yang Tidak Berpenghujung
Aku mengalihkan pandanganku ke arah laut yang terbentang luas di hadapanku. Panas terik cahaya matahari memancar tepat ke atas dahiku. Peluh yang melurut ke tepi perlahan ku seka. Nafas aku sesak, cuba menahan tangis daripada terhambur keluar. Namun akhirnya ku tewas juga. Perlahan air mataku jatuh membasahi pipi. Bergenang kelopak mataku dengan airmata. Turun mencurah-curah sehinggakan aku sendiri tidak berdaya untuk menyapunya lagi. Pedih, sedih, kecewa dan pelbagai lagi emosi yang dapat aku rasakan pada waktu ini. Semua ini salahku, aku tidak boleh menafikan hal itu. Dari aku kecil hingga sekarang, aku tidak pernah berasa sempurna dimataku sendiri. Ada sahaja kejelekkan yang dapat aku kesan tatkala aku berjaya memperoleh sesuatu perkara. Aku menang tetapi ada kekalahan. Aku benar tetapi tetap ada kesalahan. Bukan sekali dua aku berfikiran seperti itu, malah sudah acap kali. Seringkali aku bertanya kepada diriku sendiri, apa salah aku? Dan seperti yang sudah aku duga, pertanyaan itu berlalu sepi sendiri. Aku lemah, lemah sekali tatkala berhadapan dengan masalah yang melibatkan persahabatan. Entah mengapa, aku jadi kelu untuk mempertahankan hak aku sendiri apabila berhadapan dengan rakan karibku sendiri. Meskipun aku tahu, itu semua hanya salah faham yang tercetus akibat daripada salah sangka yang aku sendiri tidak menyedarinya. Sungguh aku sendiri pada waktu ini. Aku lemah apabila berhadapan dengan dia. Lidah aku kelu untuk menuturkan kata maaf.
Friday, 6 May 2011
Lagu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka
SMK Seri Paka sekolah kami,
Menjadi destinasi pilihan hati,
Berilmu dan bertaqwa matlamat diri,
Untuk terus berbakti.
Kami memegang ikrar dan juga janji,
Cintakan ilmu agar kami berjaya,
Membawa bersama panji kemegahan,
Menara gading jadi wawasan.
Namamu disanjung tinggi,
Tempat tumpahnya nasib kami,
Bersama guru dikasihi,
Bentuk generasi bervisi.
SMK Seri Paka megah di hati,
Teguh berdiri ia menabur bakti,
Bersama doa dan restu ilahi,
Bimbinglah kami meniti hari.
Lirik oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Azmi bin Yusof
Menjadi destinasi pilihan hati,
Berilmu dan bertaqwa matlamat diri,
Untuk terus berbakti.
Kami memegang ikrar dan juga janji,
Cintakan ilmu agar kami berjaya,
Membawa bersama panji kemegahan,
Menara gading jadi wawasan.
Namamu disanjung tinggi,
Tempat tumpahnya nasib kami,
Bersama guru dikasihi,
Bentuk generasi bervisi.
SMK Seri Paka megah di hati,
Teguh berdiri ia menabur bakti,
Bersama doa dan restu ilahi,
Bimbinglah kami meniti hari.
Lirik oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Azmi bin Yusof
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka (SEMESKA)
Saya bersekolah dan mencari ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka yang kini telah disingkatkan menjadi SEMESKA. Ini butiran mengenai sekolah saya yang indah lagi dicintai oleh pelajar-pelajarnya.
Misi Sekolah
-Bahawa sesungguhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka ( SEMESKA ) adalah berusaha kuat bagi mencapai pendidikan yang gemilang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan dalam bidang akademik pembangunan sahsiah dan disiplin diri pelajar serta dalam bidang kokurikulum.
Moto
-Bervisi Bertaqwa
Visi
-SMK Seri Paka Gemilang 2012
Sekolah adalah satu tempat untuk menuntut ilmu. Oleh itu, para pelajar haruslah menjaga nama baik sekolah agar ianya terpelihara dari kutukan ahli masyarakat.
Thursday, 5 May 2011
Untuk Penulis Blog
- Mengapa ber'blogging'? - Untuk berkongsi pendapat dan menarik perhatian pembaca
- Bentuk platform? - Apa sahaja contohnya wordpress, blogspot, typepad
- Apa untuk dikongsi? - Minat kamu sendiri
- Apakah yang membolehkan blog saya bertahan lama? - Menjadikan ianya unik dan kreatif
- Dimanakah saya boleh mendapatkan sumber blog? - Google, Yahoo
Tentang Blog
Definasi blog yang telah diberikan kepada saya tempoh hari.
-Sesebuah blog adalah laman sesawang atau sebahagian dari laman sesawang yang berfungsi sebagai jurnal, diari atau tempat untuk meluahkan pendapat dan perasaan mengenai sesuatu tajuk atau subjek.
Secara teknikal,
- sesebuah blog adalah siri berbentuk pos yang disusun dalam bentuk kronologi
- bentuk platform yang penting untuk meluahkan sesuatu berbentuk pandangan, pendapat, dan pengalaman
Ilmu Blog Saya
Pada tarikh 04/05/2011, saya menghadiri satu kursus blog. Seperti yang telah saya sebutkan dalam 'post' saya sebelum ini, ianya ditaja oleh TMnet dan disokong oleh SMARTMIND.
Apa yang saya perolehi ketika itu :
Apa yang saya perolehi ketika itu :
C = Creative/kreatif
O = Organized/terancang
O = Original/asli
L = Lasting/berkekalan
Untuk menghasilkan sesebuah blog yang indah lagi menawan hati pembaca blog, penulis haruslah bersifat kreatif. Selain itu, penulis juga haruslah menulis secara terancang agar mudah untuk dibaca dan difahami. Asli. Itu yang perlu dihasilkan oleh seseorang penulis blog agar dapat menjadi satu tarikan. Hasilkan satu blog yang bermotifkan keunikan agar ia berkekalan.
Visi utama kursus ini diadakan
V = Menghasilkan penulis blog yang beretika
I = Meluaskan komunikasi sosial
S = Sebagai platform untuk berkongsi idea
I = Gunakan ia secara berhemah
Wednesday, 4 May 2011
Kursus Blog
Saya ingin perkenalkan tutor yang berilmu tinggi untuk CoolBlog yang ditaja khas oleh syarikat TMnet.
Dan disokong oleh SMARTMIND
Nama: Ahmad Shukri Mohamed
Dan disokong oleh SMARTMIND
Nama: Ahmad Shukri Mohamed
Blog empunya diri: www.shukri.my
Email: a.shukri@gmail.com
Facebook: facebook.com/shukri.my.
Pada pendapat saya, dirinya boleh dikatakan mempunyai 'aura' yang tersendiri. Kacak juga orangnya! :)
Permulaan Baru
Sebagai permulaan baru, saya ingin perkenalkan diri saya. Nama penuh yang telah ibu bapa saya berikan pada saya ialah Muhammad Haziq bin Khair. Saya dilahirkan di bandaraya bersejarah iaitu Melaka pada 24 Julai 1995. Oleh itu, pada tahun 2011, saya berumur 16 tahun. Masih muda lagi. Ibu saya yang cantik lagi menawan bernama Mazita binti Shaari manakala ayah tersayang saya pula diberikan nama Khair bin Jauhari. Sebagai post yang pertama, inilah permulaan baru bagi blog saya! Harap anda mendapat sesuatu yang berguna dari blog saya yang masih baru ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
