Sudah seminggu harijadi ku yang ke-16 berlalu. Masih sedikit juga yang mengucapkan selamat pada aku tetapi aku tidak kisah sebab hari ini baru aku sedari sesuatu yang amat penting dalam hidup. Hadiah tidak semestinya hadir dalam bentuk fizikal, tanpa kita sedari kita sudahpun memperolehi rahmat yang tidak ternilai harganya iaitu sebuah persahabatan. Hari ini, aku sedar bahawa begitu ramai yang mempedulikan aku, bukan seperti apa yang aku sangkakan. Berseorangan tanpa dipedulikan oleh rakan-rakanku, tidak sesuai langsung dengan keadaanku sekarang.
Tidak tercapai akalku bila mendengar salah seorang teman yang cuba memujukku pagi ini, masih mengingati nasihatku padanya dua tahun lalu. Namanya, Nurul Hazimah Amirah. Walaupun tidak serapat mana, tetapi dia tetap ambil peduli tentang kisah hidupku. Begitu juga seorang sahabat aku yang aku gelarkan dirinya sebagai 'diari'. Dia seorang yang baik, cantik, peramah, menghormati rakannya dan manis mata melihat. Sempurna sangat orangnya.
Airmata yang mencurah-curah turun ke bumi pagi tadi, bagaikan beku didalam mataku apabila 'diari'ku ini datang memujukku. Sejuk hatiku tatkala mendengar lunak merdu suaranya. Tidak lupa juga seorang lagi teman sekelasku, namanya Nur Afiqah. Putih, cantik, baik, bertanggungjawab, dan sesuai dibuat teman rapat. Pandai juga gadis ini berbicara dengan aku. Tanpa ragu-ragu, aku sentiasa bersikap jujur dengan gadis ini. Entah mengapa hatiku sendiri tidak mengetahui.
Tidak lupa juga, ramai juga teman lelakiku yang cuba memujukku tetapi malangnya tidak berjaya. Hisyam, Amiruddin, Nazrul, Amin,dan Ahmad Luqman. Mereka sangat baik dengan aku selama ini. Ketika aku sedih, ketika aku murung, mereka selalu ada untukku. Aku bertuah mempunyai mereka disisiku.
Kini aku sedar, aku sudahpun mempunyai sebuah keluarga yang sempurna iaitu keluarga '4 Ibnu Khaldun'. Aku menyayangi 'adik-beradik'ku sangat. Lagipun, aku sudah berbaik dengan orang yang sudah aku anggap sebagai 'kakak'ku sendiri. Gembira juga dibuatnya aku hari ini. Apabila mengingat kembali apa yang dia sebutkan di makmal tadi, kenangan lama mengamit semula pemikiran aku yang kerdil ini. Norhayati Yusof, guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah rendahku ketika aku ditahun 6. Kerja rumahku sering tidak disiapkan. Aku tidak serik dimarahi guruku itu sampai suatu tahap guruku itu memindahkan aku ke kelas belakang sambil dileterkan telinga aku yang keras nak terima nasihat. Akhirnya aku insaf dan agak berbaloi dimarahi kerna aku mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu.
Fikiranku kembali mengingati peristiwa itu. Kenangan pahit yang manis diingati. Aku rasa aku sudah tiada apa yang perlu difikirkan kerana masalah aku hanya tinggal satu. Aku perlu meminta maaf dengan 'ibu'ku. Dia yang sering menasihati aku saat aku lalai tetapi aku tidak menghargainya. Aku tolak nasihatnya bulat-bulat dan akhirnya, penyesalan tanpa penghujung menyelubungi perasaan nurani aku ini. Andailah 'ibu' dapat membaca ini, 'Ibu, Haziq minta maaf sebab sudah menyakiti hati ibu. Haziq bersalah.'
Aku sayang keluargaku. Inilah SEBUAH REALITI.
Sunday, 31 July 2011
Wednesday, 27 July 2011
Haruskah?
Sejak hari itu, aku sudah mulai berseorangan. Aku rasakan diriku ini sudah tidak layak berada disini. Aku senantiasa merobek setiap kepercayaan dan rasa sayang daripada semua orang disekelilingku. Aku diibaratkan tenggelam di lautan dalam. Berusaha menggapai permukaan tetapi sudah terlalu dalam untuk melakukan apa sahaja tetapi kini aku nekad, aku akan berusaha mendapat kembali segalanya yang telah hilang saat aku ditenggelami lautan nafsu dunia. Ini tekad aku. Walaupun sukar untukku melakukannya berseorangan, tetapi inilah perkara yang perlu aku lakukan sejak awal tahun lagi.
Alam maya yang pernah aku layari sebelum ini sudah kembali pada mindaku kerana aku sering termenung keseorangan. Memikirkan perkara yang mustahil berlaku sudah menjadi tabiat saat minda aku melayang terbang. Biarpun dahulu ibu teman rapatku, iaitu seorang guru di sekolah ku sering menasihati jangan melayan perasaan, tetapi hatiku ini macam mencari kasih sayang yang sepatutnya aku terima daripada ibu bapaku. Ibu bapaku sudah bercerai atas alasan yang aku sendiri tidak tahu, dan kini mereka semakin mementingkan diri sendiri. Aku dan adik beradikku yang lain bagai tersepit di antara dua buah gunung berapi yang meletus tanpa henti. Kesannya aku dan adik beradikku juga yang terima.
Apabila aku cuba mencari sebuah keluarga angkat, ibu bapaku seakan marah tetapi mereka tidak sedar aku juga seorang manusia yang memerlukan kasih sayang daripada keluarga. Ibuku sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang bersederhana yang juga mempunyai isteri, begitu juga ayahku. Ayahku sudah berkahwin dengan seorang anak gadis daripada negeri jelapang padi, Kedah yang bekerja sebagai seorang guru Sains. Perlukah aku terus bersendiri? Gelisah juga hati ku ini memikirkan hal ini tapi aku fikir aku memang layak bersendirian kerna dari dahulu lagi aku sering menyakiti hati orang di persekitaran ku ini.
Tekad aku kini adalah untuk berjaya. Walaupun tanpa sahabat disisiku, aku akan tetap berusaha kerana inilah alasan mengapa aku dilahirkan didunia ini. Segala dugaan hanyalah sementara dan yang kekal abadi adalah kebahagiaan disyurga untuk selama-lamanya.
Thursday, 7 July 2011
Soal Hati
Soal hati.. Semua manusia tidak mampu menduga perasaan seseorang terhadap kita..
Benci?
Sayang?
Rindu?
Cinta?
Semua tidak mampu dirungkai dengan kata kosong.. Perasaan adalah sesuatu yang bukan boleh dibuat mainan.. Ramai manusia sekarang gemar menipu antara mereka untuk mendapat perhatian sedangkan mereka tidak sedar mereka sedang bermain permainan hati yang kononnya wujud dalam dunia maya ini..
Soal hati banyak dikaitkan dengan percintaan.. Apakah benar cinta ini memerlukan kasih sayang sebelum perkahwinan? Atau restu dari ibu bapa sahaja sudah mencukupi?
Hati atau yang boleh kita sebut sebagai emosi, boleh mempengaruhi banyak perkara.. Contoh yang mudah, pelajaran.. Para pelajar sekarang tanpa mengira dari sekolah menengah atau yang sudah melepasi peringkat sekolah seringkali terganggu akibat emosi.. Mereka yang mudah terganggu ini kebiasaannya dalam 'mood' bercinta.. Mereka mudah beralih fokus daripada pelajaran kepada pasangan masing-masing kerna menganggap pasangan adalah segalanya..
Itu contoh yang amat mudah.. Kita boleh melihat prestasi anak muda sekarang yang bercinta.. Kebanyakkannya menurun, tetapi tidak saya nafikan bahawa ada sesetengah daripada mereka berjaya meningkatkan prestasi dengan mengambil 'mood' bercinta ini sebagai pendorong mereka untuk berjaya..
Benci..
Sesuatu perkara buruk yang mampu merosakkan sesuatu hubungan.. Tidak kira ke mana jua kita pergi, sekiranya tidak terpadam api kebencian, selagi itulah hati kita tidak tenteram..
Kasih sayang merupakan sinar didunia ini yang mampu merubah 'corak' dunia.. Jika kita sayang sesuatu atau seseorang, kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah keadaan menjadi lebih baik bukan?
Hati, tiada siapa mampu menduga..

Wednesday, 6 July 2011
Janji
Pernah janji dimungkiri? Pernah merasa derita? Pernah rasa disayangi?
Pasti semuanya pernah merasa.. Itulah warna warni kehidupan.. Sama seperti saya... Kata-kata rakan, sahabat semuanya hanya bertujuan untuk menjaga hati saya.. Mereka menyayangi tetapi sanggup mengucap kata manis hanya untuk menjaga hati yang sementara ini..
Andaikan dunia ini 'bersih', pasti indah.. Setiap manusia mampu tersenyum manis walau beribu kenangan pahit dihati.. Siapa mampu membaca hati seseorang.. Tetapi bila menyayangi seseorang, kita pasti merasa ingin memberikan segala yang indah didunia ini.. Malangnya, dunia sempurna, segalanya ada.. Jika gembira ada, yang pahit juga ada..
Janji itu bukan sesuatu permainan kata, ianya ikatan kepercayaan antara manusia.. Kita sebagai manusia pasti mahu berasa dipercayai orang dipersekitaran kita.. Oleh itu, berjanjilah pada perkataan yang mampu, nafikan sesuatu yang tidak boleh.. Akhir kata, tipu muslihat hanya membuat orang membenci kita.. Jujur dan amanah atas janji yang sudah ditaburkan..

Subscribe to:
Posts (Atom)