Alam maya yang pernah aku layari sebelum ini sudah kembali pada mindaku kerana aku sering termenung keseorangan. Memikirkan perkara yang mustahil berlaku sudah menjadi tabiat saat minda aku melayang terbang. Biarpun dahulu ibu teman rapatku, iaitu seorang guru di sekolah ku sering menasihati jangan melayan perasaan, tetapi hatiku ini macam mencari kasih sayang yang sepatutnya aku terima daripada ibu bapaku. Ibu bapaku sudah bercerai atas alasan yang aku sendiri tidak tahu, dan kini mereka semakin mementingkan diri sendiri. Aku dan adik beradikku yang lain bagai tersepit di antara dua buah gunung berapi yang meletus tanpa henti. Kesannya aku dan adik beradikku juga yang terima.
Apabila aku cuba mencari sebuah keluarga angkat, ibu bapaku seakan marah tetapi mereka tidak sedar aku juga seorang manusia yang memerlukan kasih sayang daripada keluarga. Ibuku sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang bersederhana yang juga mempunyai isteri, begitu juga ayahku. Ayahku sudah berkahwin dengan seorang anak gadis daripada negeri jelapang padi, Kedah yang bekerja sebagai seorang guru Sains. Perlukah aku terus bersendiri? Gelisah juga hati ku ini memikirkan hal ini tapi aku fikir aku memang layak bersendirian kerna dari dahulu lagi aku sering menyakiti hati orang di persekitaran ku ini.
Tekad aku kini adalah untuk berjaya. Walaupun tanpa sahabat disisiku, aku akan tetap berusaha kerana inilah alasan mengapa aku dilahirkan didunia ini. Segala dugaan hanyalah sementara dan yang kekal abadi adalah kebahagiaan disyurga untuk selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment