Sudah seminggu harijadi ku yang ke-16 berlalu. Masih sedikit juga yang mengucapkan selamat pada aku tetapi aku tidak kisah sebab hari ini baru aku sedari sesuatu yang amat penting dalam hidup. Hadiah tidak semestinya hadir dalam bentuk fizikal, tanpa kita sedari kita sudahpun memperolehi rahmat yang tidak ternilai harganya iaitu sebuah persahabatan. Hari ini, aku sedar bahawa begitu ramai yang mempedulikan aku, bukan seperti apa yang aku sangkakan. Berseorangan tanpa dipedulikan oleh rakan-rakanku, tidak sesuai langsung dengan keadaanku sekarang.
Tidak tercapai akalku bila mendengar salah seorang teman yang cuba memujukku pagi ini, masih mengingati nasihatku padanya dua tahun lalu. Namanya, Nurul Hazimah Amirah. Walaupun tidak serapat mana, tetapi dia tetap ambil peduli tentang kisah hidupku. Begitu juga seorang sahabat aku yang aku gelarkan dirinya sebagai 'diari'. Dia seorang yang baik, cantik, peramah, menghormati rakannya dan manis mata melihat. Sempurna sangat orangnya.
Airmata yang mencurah-curah turun ke bumi pagi tadi, bagaikan beku didalam mataku apabila 'diari'ku ini datang memujukku. Sejuk hatiku tatkala mendengar lunak merdu suaranya. Tidak lupa juga seorang lagi teman sekelasku, namanya Nur Afiqah. Putih, cantik, baik, bertanggungjawab, dan sesuai dibuat teman rapat. Pandai juga gadis ini berbicara dengan aku. Tanpa ragu-ragu, aku sentiasa bersikap jujur dengan gadis ini. Entah mengapa hatiku sendiri tidak mengetahui.
Tidak lupa juga, ramai juga teman lelakiku yang cuba memujukku tetapi malangnya tidak berjaya. Hisyam, Amiruddin, Nazrul, Amin,dan Ahmad Luqman. Mereka sangat baik dengan aku selama ini. Ketika aku sedih, ketika aku murung, mereka selalu ada untukku. Aku bertuah mempunyai mereka disisiku.
Kini aku sedar, aku sudahpun mempunyai sebuah keluarga yang sempurna iaitu keluarga '4 Ibnu Khaldun'. Aku menyayangi 'adik-beradik'ku sangat. Lagipun, aku sudah berbaik dengan orang yang sudah aku anggap sebagai 'kakak'ku sendiri. Gembira juga dibuatnya aku hari ini. Apabila mengingat kembali apa yang dia sebutkan di makmal tadi, kenangan lama mengamit semula pemikiran aku yang kerdil ini. Norhayati Yusof, guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah rendahku ketika aku ditahun 6. Kerja rumahku sering tidak disiapkan. Aku tidak serik dimarahi guruku itu sampai suatu tahap guruku itu memindahkan aku ke kelas belakang sambil dileterkan telinga aku yang keras nak terima nasihat. Akhirnya aku insaf dan agak berbaloi dimarahi kerna aku mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu.
Fikiranku kembali mengingati peristiwa itu. Kenangan pahit yang manis diingati. Aku rasa aku sudah tiada apa yang perlu difikirkan kerana masalah aku hanya tinggal satu. Aku perlu meminta maaf dengan 'ibu'ku. Dia yang sering menasihati aku saat aku lalai tetapi aku tidak menghargainya. Aku tolak nasihatnya bulat-bulat dan akhirnya, penyesalan tanpa penghujung menyelubungi perasaan nurani aku ini. Andailah 'ibu' dapat membaca ini, 'Ibu, Haziq minta maaf sebab sudah menyakiti hati ibu. Haziq bersalah.'
Aku sayang keluargaku. Inilah SEBUAH REALITI.
No comments:
Post a Comment