Soal hati.. Semua manusia tidak mampu menduga perasaan seseorang terhadap kita..
Benci?
Sayang?
Rindu?
Cinta?
Semua tidak mampu dirungkai dengan kata kosong.. Perasaan adalah sesuatu yang bukan boleh dibuat mainan.. Ramai manusia sekarang gemar menipu antara mereka untuk mendapat perhatian sedangkan mereka tidak sedar mereka sedang bermain permainan hati yang kononnya wujud dalam dunia maya ini..
Soal hati banyak dikaitkan dengan percintaan.. Apakah benar cinta ini memerlukan kasih sayang sebelum perkahwinan? Atau restu dari ibu bapa sahaja sudah mencukupi?
Hati atau yang boleh kita sebut sebagai emosi, boleh mempengaruhi banyak perkara.. Contoh yang mudah, pelajaran.. Para pelajar sekarang tanpa mengira dari sekolah menengah atau yang sudah melepasi peringkat sekolah seringkali terganggu akibat emosi.. Mereka yang mudah terganggu ini kebiasaannya dalam 'mood' bercinta.. Mereka mudah beralih fokus daripada pelajaran kepada pasangan masing-masing kerna menganggap pasangan adalah segalanya..
Itu contoh yang amat mudah.. Kita boleh melihat prestasi anak muda sekarang yang bercinta.. Kebanyakkannya menurun, tetapi tidak saya nafikan bahawa ada sesetengah daripada mereka berjaya meningkatkan prestasi dengan mengambil 'mood' bercinta ini sebagai pendorong mereka untuk berjaya..
Benci..
Sesuatu perkara buruk yang mampu merosakkan sesuatu hubungan.. Tidak kira ke mana jua kita pergi, sekiranya tidak terpadam api kebencian, selagi itulah hati kita tidak tenteram..
Kasih sayang merupakan sinar didunia ini yang mampu merubah 'corak' dunia.. Jika kita sayang sesuatu atau seseorang, kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah keadaan menjadi lebih baik bukan?
Hati, tiada siapa mampu menduga..
No comments:
Post a Comment