Umat muslimin dan muslimat mesti gembira saat takbir raya bergema di pagi hari kejayaan iaitu 1 Syawal. Tetapi bukan diri aku, aku menangis teresak-esak di pagi raya kerana berasa sepi dan sendiri apabila semuanya mulai pentingkan diri.
Walaupun begitu, aku masih beruntung. Aku masih lagi ada orang yang membuatkan aku tersenyum di hari raya yang mulia itu. Walaupun sudah lama tidak bersua dek kerana sepupu aku itu pindah ke luar negara sejak aku dari darjah tiga, kami sempat berbual rancak. Ianya sedikit sebanyak dapat mengubat luka dihati sambil senyuman di bibir aku ini.
Namanya Aina Syuhada. Seingat aku la. Terdapat seorang lagi yang membuat aku tersenyum manis. Nur Hikmah, satu-satunya insan yang sentiasa dihati, dimata dan dijiwa kerana dialah yang sudah aku ikrarkan akan menjadi sahabat selamanya, tidak lekang membuat aku tersenyum dengan mesejnya yang agak mencuit hati.
Kerana dua insan inilah aku mampu tersenyum di hari raya. Nur Hikmah dan Aina Syuhada. Aku terhutang budi kepada kamu berdua. Terima kasih! Sayang kamu berdua sangat!
No comments:
Post a Comment