Sunday, 11 September 2011

Minat Aku

      Minat aku berada pada bahasa penulisan, fotografi, seni dan begitu juga, kulinari tetapi aku ingin menjadi seorang doktor atau seorang chef. Bagaimana harus aku memilih? Aku minat sangat dengan bahasa penulisan sebab aku pandai buat ayat puitis, mungkin sedikit lemah sebab aku baru mula belajar cara puitis. Lagisatu pula, aku minat sangat dengan fotografi.

      Aku teringin nak ada sebuah kamera fotografi sendiri. Nak tangkap gambar kawan-kawan aku, sahabat aku, dan yang paling penting, 'Diari' aku. Bagi aku fotografi sesuatu yang sangat abstrak. Menarik hati aku untuk belajar mengenainya tetapi malang bagi aku sebab aku masih muda dan aku langsung tidak diberi peluang. Agak sedih. Seni, sesuatu yang telah aku minat sejak aku masih kanak-kanak. Aku sangka aku ada bakat, tetapi mungkin aku tiada peluang nak asah bakat aku sebab keluarga aku sendiri tak tahu apa yang aku minat dan aku mampu buat.

      Setelah melihat beberapa rancangan masakan profesional, aku teringin nak cuba pelbagai resipi yang disediakan tetapi seperti biasa, tiada peluang terhidang bagi aku.

     Bilalah peluang bagi aku untuk tunjuk minat aku? Bilalah saatnya aku akan dapat kamera sistem aku sendiri. Aku nak sangat semua minat aku orang tahu. Tetapi apakan daya. Semua tidak pedulikan aku.:'(

No comments:

Post a Comment