Monday, 1 August 2011

Kerinduan Kerdil

     Hampir berbulan aku tidak menghubungi adik angkatku yang sering aku panggil 'budak kecik'. Rindu yang mendalam seperti menarik hatiku semula untuk berhubung dengannya. Kami bagaikan adik beradik kandung apabila bersama,  mesra bagai isi dengan kuku tetapi masih mengikuti hukum agama. Kebiasaannya, apabila aku mempunyai masalah, aku pasti akan meluahkan segalanya pada adik angkatku ini. Bagai sudah menjadi tempat aku berteduh.

     Masih teringat lagi aku akan peristiwa 7 haribulan Mei. Ketika itu, aku berada dalam sebuah kem yang dianjurkan khas untuk pengawas SEMESKA. Pada pukul 5 petang ketika itu, aktiviti yang diadakan merupakan aktiviti lasak yang agak tidak sesuai dengan seseorang yang mempunyai penyakit asma sepertiku. Usai aktiviti lasak itu, aku merasakan sesuatu yang pedih di dada bagai ditikam dari dalam badan. Aku hampir pengsan ketika itu, tetapi aku bersyukur adik angkatku menemui aku ketika itu lalu memanggil rakan-rakanku yang lain untuk membantu aku.

     Walaupun dia hanyalah seorang adik angkatku, tetapi aku menyayanginya seperti adikku sendiri. Tiada yang mampu menggantikan tempatnya dihati ini. Namun, apakan daya, masa merubah segalanya. Hubungan kami semakin renggang dan akhirnya, kami seperti tidak berkenalan. Hati abang manakah yang tidak sedih sekiranya adik beradik tidak saling tegur-menegur. Aku terperap menyimpan perasaan rindu ini untuk adik kesayangan aku itu.

     Nur Faizatul Atiqah, abang rindukan adik. Harap adik dapat berjaya dalam PMR. Abang sayangkan adik.

1 comment:

  1. abg..dik xlpe abg pn..jgn r sdey2 keyh..kuatkn smngt..dik xg mne2 r..adk sntiasa ad kt sni..alu ad y abg ase mgnggu..mnx tlg ALLAH , DIA xpnh tdo..sntiasa ad kt sisi hambaNya..adk pn syg abg..abg abg adk dunia akhirat

    ReplyDelete